JOHOR BAHRU: Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi.
“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah sewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat hiburan.
“Kegiatan sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai tahun lepas. Mereka turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa. Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kumar berkata dalam serbuan itu, polis merampas 23.68 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 997.4 gram ketamin, 193.5 gram ganja, 1,490 pil erimin 5 dan 41 pil ekstasi, serta pelbagai peralatan membungkus serbuk ekstasi selain dua kereta turut disita.
“Semua dadah ini boleh digunakan oleh 85,658 orang, jika ia terlepas ke pasaran. Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.
Kumar berkata kesemua mereka direman tujuh hari hingga esok, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam kes berasingan, beliau berkata seramai 780 individu termasuk tiga penjawat awam ditahan pihaknya, dalam operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di seluruh negeri ini, bermula Isnin lepas hingga semalam.
“Tangkapan tersebut melibatkan mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah kira-kira 27kg yang dianggarkan bernilai lebih RM3 juta,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39C ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi. - Foto Sinar Harian
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Taktik jadikan ekstasi serbuk koko tumpas
Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.